Gempak
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Gempak

Gempak Giler Beb!!!
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Cerita sedih...alamak tersalah topik lak

Go down 
3 posters
AuthorMessage
wartawan

wartawan


Posts : 18
Join date : 2008-09-18
Age : 45
Location : Putrajaya

Cerita sedih...alamak tersalah topik lak Empty
PostSubject: Cerita sedih...alamak tersalah topik lak   Cerita sedih...alamak tersalah topik lak Icon_minitimeWed Oct 15, 2008 2:11 am

Eksiden - sedih cite nie...siap kan ler tisu banyak2...sob..sob....

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah,"

Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni.". Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera
sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."


Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam
sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....
BANG!!?

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan
Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis
semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat.

"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!?

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba.

Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya
terus merungut sambil berlalu keluar.......dan Usin tersengih keseorangan.
Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!
Back to top Go down
rahmanw
Moderator
Moderator
rahmanw


Posts : 76
Join date : 2008-09-14
Location : melaka,malaysia

Cerita sedih...alamak tersalah topik lak Empty
PostSubject: Re: Cerita sedih...alamak tersalah topik lak   Cerita sedih...alamak tersalah topik lak Icon_minitimeSun Oct 19, 2008 7:13 am

memula tu nak meleleh air mata aku sebab sedih....
tapi bila abis baca....meleleh gak airmata....tapi sebab gelak......
hahaha....... Laughing Laughing Laughing
Back to top Go down
innadz_imani
Newbies Member
Newbies Member
innadz_imani


Posts : 17
Join date : 2008-09-10

Cerita sedih...alamak tersalah topik lak Empty
PostSubject: Re: Cerita sedih...alamak tersalah topik lak   Cerita sedih...alamak tersalah topik lak Icon_minitimeFri Dec 26, 2008 3:56 am

gelak reramai~~~ Laughing Laughing Laughing
Back to top Go down
Sponsored content





Cerita sedih...alamak tersalah topik lak Empty
PostSubject: Re: Cerita sedih...alamak tersalah topik lak   Cerita sedih...alamak tersalah topik lak Icon_minitime

Back to top Go down
 
Cerita sedih...alamak tersalah topik lak
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» jom sambung cerita
» kongsi cerita kelakar bersama ---->

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Gempak :: ~::Sembang Umum::~ :: ~Internet~ :: ~Cerita Lawak~-
Jump to: