Gempak
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Gempak

Gempak Giler Beb!!!
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 kongsi cerita kelakar bersama ---->

Go down 
+2
Admin
DNA
6 posters
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
DNA
Moderator
Moderator
DNA


Posts : 127
Join date : 2008-09-19
Location : dilanda todak! (kek mano tu bai? ekau pikir la sendiri yo!)

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeSat Sep 20, 2008 9:34 am

BIHUN VS MEE

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum,
"Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!"
hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak,
"Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"


Last edited by D nazri on Sun Oct 05, 2008 3:36 am; edited 5 times in total
Back to top Go down
DNA
Moderator
Moderator
DNA


Posts : 127
Join date : 2008-09-19
Location : dilanda todak! (kek mano tu bai? ekau pikir la sendiri yo!)

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeSat Sep 20, 2008 9:39 am

Kisah Telinga.

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik.

Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalankepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank.

Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.
Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimana awak tahu" tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,

"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".

Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!

Biar susah, jangan menyusahkan. .
Back to top Go down
DNA
Moderator
Moderator
DNA


Posts : 127
Join date : 2008-09-19
Location : dilanda todak! (kek mano tu bai? ekau pikir la sendiri yo!)

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeSat Sep 20, 2008 9:47 am

bilik terakhir.

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik
dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden
yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau
didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu
lembaga yang mengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang
punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... "
Back to top Go down
Admin
Webmaster
Webmaster
Admin


Posts : 45
Join date : 2008-09-06

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeMon Sep 22, 2008 9:33 am

Ngeh3.
Back to top Go down
https://gempak.darkbb.com
wartawan

wartawan


Posts : 18
Join date : 2008-09-18
Age : 45
Location : Putrajaya

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Seludup   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeTue Sep 23, 2008 12:58 am

seludup

Kisah ini berlaku di sempadan.... seorang lelaki sering melintasi sempadan dengan menaiki basikal serta membawa dua guni pasir. perbuatannya itu telah disedari oleh pihak imigresen dan mengesyaki lelaki tersebut membuat kerja penyeludupan. pihak imigresen pun menahan lelaki tersebut dan bertanya apa yang ada dalam guni tersebut.. lalu lelaki itu menjawab "pasir encik". pegawai imigresen tidak percaya lalu membuka guni tersebut.

Setelah diperiksa hanya pasir sahaja yang terdapat dalam guni itu. keesokan harinya lelaki itu membuat kerjanya seperti biasa... membawa basikal bersama dua guni pasir.. pegawai imigresen masih tidak puas hati lalu menahan lagi lelaki tu.. apabila diperiksa hanya pasir yang terdapat dalam dua guni itu... setelah 3 tahun berlalu... lelaki itu tidak lagi melakukan kerjanya yang dulu.... suatu hari pegawai imigresen terjumpa lelaki tadi di kedai kopi.... pegawai imigresen pun bertanya... "sebenarnya apa kerja kamu"? jawab lelaki itu....

"seludup basikal"......
Back to top Go down
wartawan

wartawan


Posts : 18
Join date : 2008-09-18
Age : 45
Location : Putrajaya

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeTue Sep 23, 2008 1:01 am

berhati-hati di jalan raya

ada satu cerita berdasarkan kisah benar dan rekaan semata mata

kecantikan itu terletak di hati yang ikhlas bukan pada rupa paras....

seorang gadis yang cun melecun tgh tunggu bas di perhentian puduraya.di sebelah perempuan tu ada ler seorang lelaki yang leh kira tak macho langsung
tgh tunggu bas juga.perempuan tu sambil dia menunggu bas dia makan biskut sebelum perempuan tu makan biskut dia asyik leka membaca buku pujaan
dia ...................MANGGA.
satu persatu perempuan tu memasukkan biskut ke dalam mulutnya mungkin lapar agaknya.sedang asyik perempuan tu membaca buku sempat juga dia
menjeling sebelah .mamat tu ambil biskut dari bungkusan yang sama dari perempuan tu.
perempuan tu punya ler marah kat mamat ni ......ish laa dan ler tak macho pas tu main ambil jer biskut aku... lahaiii minta simpang aku nak buat boyfriend eeeeeee..pastu kalau satu jer tak per la ini pantang aku ambil dia pun ambil juga .....malang nya siapa kalau jadi awek mamat ni...keluh perempuan tadi didalam hati nya.

dalam pada itu mamat tadi buat muka selamba makan biskut tu dengan perempuan tu hinggalah lah ke biskut yang terakhir.perempuan tu saja biarkan nak
tengok mamat tadi akan buat apa.lahai lagi ler sakit hati perempuan tu bila mamat tu ambil juga biskut yang terakhir.sambil tersenyum pada perempuan tu
dia potong dua dan kasi setengah pada perempuan tu setengah lagi mamat tu makan.perempuan tu ambil juga biskut tu sambil mukanya masam dan marah
.sambil berkata didalam hatinya...
dah ler tak macho perangai macam beruk ambil makanan aku huhhhh geramnya
......

PONNNNNNNNNN PONNNNNNNNNNNNNNNN PONNNNNNNN!!!!!!

sambil menarik nafas lega macam orang baru lepas ke jamban. perempuan itu terus meninggal kan lelaki tadi sambil berkata padanya.......PERANGAI U
SEBIJIK MACAM BERUK DIDALAM HUTAN ...BODOHHH ........mamat tu hanya diam kan diri dan senyum jer kat perempuan tu .perempuan terus naik bas nya dan berlalu.
tinggal lah mamat yang tak macho tu terpinga pinga sambil menahan malu kena maki.

di tengah perjalanan perempuan tadi terasa dahaga .lalu dia membuka beg danalangkah terkejut nya bila dia nampak satu bungkusan yang sama dengan
roti yang dia makan bersama lelaki di perhentian bas tadi.HAHHHHHH........ERKKK...
yang aku makan tadi biskut sapa yerkkkkkkkkk .OPPSSS.... tu biskut lelaki tu yang punya LAHAIIIII patut ler dia selamba jer makan LAHAIIIII malu nya
aku ........aduhhhhh...nak minta maaf pun dah jauh .."perempuan tu berkata sambil menyesal atas perbuatan dia pada lelaki yang dia maki dan marah kan tadi .


cuba korang berfikirkan logik.......lelaki yang tak macho tadi sanggup berkongsi biskut dengan perempuan yang dia langsung tak kenal .betapa baik nya lelaki tadi sampai kena maki pun di tengah orang ramai masih coolllllllllllllllllll .tengok perempuan tu kalau betul lah biskut tu dia .apa salahnya berkongsi dengan orangkan baik kalau jangan kedekut .


"tak sangka pula ada juga awek cun kongsi makan dengan aku lahaiiii .sayang nya kau tak betul kalau tak dah lama aku buat isteri ......sayangggggggg
seribu kali sayangtak apalah sekurang kurangnya dapattttttttt juga aku kongsi makan dengan awek cun yang gilaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! "kata lelaki tu di dalam hatinya sambil tersenyum dan naik bas nya
Back to top Go down
DNA
Moderator
Moderator
DNA


Posts : 127
Join date : 2008-09-19
Location : dilanda todak! (kek mano tu bai? ekau pikir la sendiri yo!)

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeTue Sep 23, 2008 1:15 am

Razz
kelakar bro! nak-nak pak cik yang seludup basikal tu..
Very Happy
Back to top Go down
amman
Moderator
Moderator
amman


Posts : 98
Join date : 2008-09-10
Age : 40

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeTue Sep 23, 2008 1:17 am

huhu...cam iklan TV3 yang ade adibah noor makan cekodok pisang apek tu.hahahahaha...

Back to top Go down
DNA
Moderator
Moderator
DNA


Posts : 127
Join date : 2008-09-19
Location : dilanda todak! (kek mano tu bai? ekau pikir la sendiri yo!)

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeSun Sep 28, 2008 8:46 pm

Very Happy


Last edited by D nazri on Sun Oct 05, 2008 3:38 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
rahmanw
Moderator
Moderator
rahmanw


Posts : 76
Join date : 2008-09-14
Location : melaka,malaysia

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeFri Oct 03, 2008 9:19 am

cerita lawak.....

sini
Back to top Go down
DNA
Moderator
Moderator
DNA


Posts : 127
Join date : 2008-09-19
Location : dilanda todak! (kek mano tu bai? ekau pikir la sendiri yo!)

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Soalan Ramalan PMR(tahun yang akan datang)   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeFri Oct 03, 2008 11:40 pm

SUBJEK : Sejarah

1. Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511?
A: Alfonso D' Albuquequer B: Albontot D' Abukaki
C: Al apobondo nih C: Al..Al..Alpa romeo

2. Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?
A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.
B: Isterimu, isteriku jua, isteriku.. isterikulah.
C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.
D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.

3. Siapakah pegawai British di Sarawak?
A: James Brook B: James Beruk C: Jem Tat Nenas
D: James Bond Tot E: Khalid Jamlus

4. Kenapa Hang Jebat mengamuk?
A: Kerana mengetahui Hang Tuah mati dibunuh Soltan.
B: Aweknya dikebas datuk bendahara.
C: Kalah main takraw dengan anak buah Hang Kebun.
D: Terlalu meminati Bandi Amuk, sebab tu la mengamuk.

5. Siapakah nama isteri Parameswara?
A: Parameswari B: Parameswaja C: Pramugari
D: Pramugara terlampau


SUBJEK : Ekonomi Asas

1. Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?
A: makan, rumah dan pakaian.
B: makan, awek dan uwang.
C: bini, bini orang dan anak dara orang.
D: Rokok, korok dan korokmu.

2. Namakan sejenis sistem pertukaran barang.
A: Sistem Barter B: Sistem batu bata
C: Sistem kasut Bata D: Sistem Marjerin dan butter

3. Ketidakseimbangan wang akan berlakunya apa?
A: Nilai dolar lebih tinggi berbanding wang lain.
B: Nilai dollah akan jatuh kerana tak bekerja.
C: Nilai, Negeri Sembilan tiada pengunjung.
D: Nilai nilai murni diterapkan didalam PLKN.

4. Apakah ciri Sistem Kapitalis?
A: Duitmu duitku jua, duitku duit untuk biniku.
B: Semua orang perlu bersedekah ke masjid.
C: Makan dulu, baru bayar.
D: Selalu mengamalkan dasar pinjam wang bayar hutang.

5. Kumpulan manakah yang menguruskan kewangan pekerja?
A: Kumpulan Search B: Kumpulan KRU
C: Kumpulan Kekanak Spastik
D: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

selamat menjawab dgn tenang
Back to top Go down
DNA
Moderator
Moderator
DNA


Posts : 127
Join date : 2008-09-19
Location : dilanda todak! (kek mano tu bai? ekau pikir la sendiri yo!)

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeSun Oct 05, 2008 3:15 am

Bulan Madu

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI.

Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.

CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat”. Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis “KFC”. Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si CT tu rupanya kata mereka.

Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis “PEPSI”. Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis “NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”. Bahagia juga si SERI rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis “STANDARD CHARTERED”. Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu “BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!”.

“Bahagianya si MURNI tu bang,” kata Mak Minah pada Pak Mat.

Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis “AIR ASIA”. Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.

Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.

“Bahagia ke si SURI tu bang?” tanya Mak Minah pd Pak Mat.

“Ntah…” jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.

“APA MOTTO IKLAN TU” tanya Mak Minah lagi.

Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap “7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!”
Back to top Go down
DNA
Moderator
Moderator
DNA


Posts : 127
Join date : 2008-09-19
Location : dilanda todak! (kek mano tu bai? ekau pikir la sendiri yo!)

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeSun Oct 05, 2008 3:18 am

CAN READ IT! CAN YOU?
Ada sesiapa yg boleh baca ni?



(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna) :-

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!


Smile
Back to top Go down
DNA
Moderator
Moderator
DNA


Posts : 127
Join date : 2008-09-19
Location : dilanda todak! (kek mano tu bai? ekau pikir la sendiri yo!)

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeSun Oct 05, 2008 3:20 am

Di Sini Rupanya Brek Bas.

Ada seorg warga emas menaiki bas untuk pulang ke rumahnya setelah seharian bersiar2

Jarak diantara rumahnya dgn bus stand lmemakan masa lebih kurang 45 minit. Setelah 10 minit di dalam bas, pakcik tersebut menekan loceng & xlama selepas tu bas pun berhenti.. apabila melihat tiada penumpang yg turun maka pemandu pun meneruskan perjalanan

Pak cik tersebut menekan loceng bas berulang kali menyebabkan bas berhenti banyak kali tetapi tiada penumpang yg turun. Kejadian tersebut menimbulkan kemarahan pemandu bas..lantas pemandu tersebut memberhentikan bas dan bertanya dgn nada yg marah.. Siapa yg suka2 tekan loceng bas nie..hah!!!

Apabila mendengar pertanyaan pemandu tadi..pakcik tersebut pun bangun & mengangkat tangan menandakan dia yg melakukan perkara tersebut..

Pemandu : Kenapa pakcik menekan loceng..bila bas berhenti kenapa pakcik tak turun??

Pakcik : Saya menekan loceng bukan nak turun tapi saya nak memastikan brake bas terletak di mana, sekarang baru saya tau brake bas terletak di loceng sbb bila saya tekan jer loceng..bas mesti berhenti..!!!


cheers
Back to top Go down
DNA
Moderator
Moderator
DNA


Posts : 127
Join date : 2008-09-19
Location : dilanda todak! (kek mano tu bai? ekau pikir la sendiri yo!)

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeTue Oct 21, 2008 11:00 am

Hina Sangat Ke MAMAT Nih?

Perkara nie jadi 6 thn lepas, esok tuh nak puasa ler, aku ingat lagi... sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi ler jalan-jalan kat Sungai Wang, biasa ler hari minggu...dah penat berjalan aku pun lepak kat tingkat atas..gi kena teh ngan makan nasik ayam.

Dah makan.. aku pun cakap kat member aku, aku nak gi ker Lot 10, nak buat greeting card untuk member aku..perempuan ler ..hehehe (Greeting card machine..Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah)

Aku pun gerak.member aku semua tunggu kat situ..biasa ler dia orang bukan minat nak ikut.. bosan menunggu aku menulis card cinta..Jadi aku pun pi ler.....

Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak....mesti member aku sound nyer....aku pun start tulis......."HALLOOO" itulah suara yang aku dok dengar..ish awek mana lak nie...sekali aku pun pandang ler... tengok bawah dulu...

Aduh..sikitnyer lawa kaki dia.. slow-slow aku pandang atas..meh... sikit nyer cun ler... aku takleh lah nak kata apa.. aku pun terdiam.. sekali lagi dia kata "HELLO".....Aku tarik nafas aku pun jawab,"HI". Aku ingat dia pun senyum jerlah... sekali dia kata "IM LINA MARLIANA" .. Peh sikit nyer sedap nama dia..dah lah tuh..cantik lak tuh... aku pun senyum.....

LINA : "That is a nice card, untuk siapa?"

AKU : "Its for my friend, Dia nyer birthday tommorow"

LINA : "Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie...I hope you can help me"

Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill... aku pun setuju nak tolong.Setelah selesai.. dia pun ajak aku jalan-jalan, dia kata dia dari Singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku business card dia.

Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah kita nie bukan ler handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganyer aku teman dia ! gi shopping. Dah agak agak 40 minit jugak ler aku berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia, dan keluarga dia dan BERTAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU, hehehe..sebab baik katakan.. BAIK BAIK ADA MAKNA NIE..aku pun teringat member aku tunggu kat Sg. Wang.

AKU : "Lina, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautifull as you and how I admire your softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better ,But I have to go now, my friends is waiting for me. Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday..I hope you dont mind"

Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow.. aku pun tak sabar nak bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa.. tengah aku berlari nak gi Sq. Wang.. aku pun selisih ngan member-member aku kat Jambatan tengah tuh.... aku senyum dengan bangganya.

Dia orang sikitnyer hot..aku tak kisah.. aku pun dok cerita lah kat dia orang apsal aku lambat.. hehehe..sekali dia orang boleh gelak kat aku.. takpa aku pun cakap kalau tak caya jum aku tunjuk.... so Kita orang piler kat Lot 10 balik... Sampai jer Lot 10, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia..aku tgh nak escalator dia tengah turun, aku pun sound member aku

AKU : "Tu dia..yg pakai tang top tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak nak percaya"

MEMBER : "Ko tipu ah... tegur ler, aku nak tengok betul tak betul"

AKU : "Ye.. jap aku tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit"

Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh

"HI LINA", sekali...................

Dia tengok aku ngan member aku... dia pun menjeling..PEH SIKIT NYER SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia... FUHH aku pun terkejut, tak tau nak cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak kat situ.....

"KENAL KONON, SETAKAT KO LER...SEPULUH DIA BOLEH CARI", aku pun tak tau nak kata apa.. member aku smeua gelak, aku blur......

Adaker patut satu perempuan buat camtuh kat orang macam aku nie, aku pun tak tau nak kata apa..aku harap korang semua tak lah lalu apa yang aku lalu.. aku betul betul tak paham....... Adakah semua perempuan cantik macam nie????????? Mungkin kot....Aku dah mula berfikiran negatif...tapi aku tetap suka kat dia....sebab aku masih lagi pikir yang dia baik... Bodoh ker aku????

AKu rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, Aku pun tengok dia, dia pun tengok aku sambil buat muka blur... makin lama aku makin jauh dari pandangan dia....dia tenung aku macam tak puas hati.... aku pulak tak faham...

BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!!

Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh.. Dia terjatuh.Habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit sakit, High heel dia tersangkut kat escalator..aku terdiam,member aku semua pun senyap.........aku tak
tau, tiba tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag dia, cuba nak tolong

Dia..aku pun tengok atas..member aku blur..semua senyap...tengah aku dok tolong tuh..
tiba-tiba......

LINA : "PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!"

Security guard datang, orang semua tengok.. ramai yg nampak..aku tgh duk pegang shopping bag dia, aku pun terdiam..UFFF dalam hati aku aku dah risau, aku pencuri ker..atau ada pencuri yg dia nampak.....aku pun senyap"

PAP!!! aku kena pegang.. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! apa nie,aku nak tolong tapi aku kena tangkap..ish apa yag dah jadik nie........


Check punya cek, rupa rupa handbag dia hilang.... aku pun dah takut. Security tanya aku, mana bag dia??

AKu : "Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun nak tolong dia..mana saya ada ambil beg"

LINA: " Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik.Passport saya, credit card saya, Handphone semua ada kat dal! am tuh, Bang macam mana nie"

AKU : "I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help you, apsal you kata I curik bag you"

Aku dah panik........

AKU : "Tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I.. apsal tiba tiba u kata I pencuri...apa masalah nie"

LINA: "Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orang macam you, muka pun macam muka pencuri..."

ADUH!!!! AKu dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia bagi..

AKU : "Then what is this???? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi???"

LINA : "Mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag I, buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see.. I told you yang dia yang amik handbag I"

Sekali, apa yang aku cakap backfire kat aku, aku pun kena bawak ke office... member aku semua ikut aku.. aku pun dah takut giler.. abang aku senyap jer.. dia tak tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak! buat apa.... Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia, dia duk memaki hamun aku.. aku diam, aku cakap aku tak ambik.. tapi bukti business card ada kat aku.... aku yang bersalah.. aku tak mengaku..

PAP!! aku kena tampar....aku diam lagi..aku cakap aku tak ambik... office dah kecoh, dia dah mengamok "HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA TAU, MANA BAG I, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN, TAK GUNANYA LAKI",

Itulah kata-kata dia........

Ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku masa tuh... aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku tak salah, dan aku sayang kat mak bapak aku.... aku dah sedih giler. AKu pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada orang datang, sikitnyer smart.. pakai jeans ngan slack..rambut panjang ikat belakang..orang tuh cakap

Manager : "A! PA MASALAH NIE??? OK..What your Name?"

LINA : "Lina.. I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi"

Manager : "Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising bising"

AKU : "Saya tak ambil..Dia yang tuduh bukan bukan"

Manager : "Lina, How sure are you, this guy took you handbag"

LINA : "Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia yang ambil...... sapa lagi...muka dia pun muka pencuri"

Aku tetap tak mengaku... aku dah berserah... manager tuh pun dia angkat telefon, dia pun call.. aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap apa, dia pun keluar..semua senyap jer kat dalam tuh.....selang 10 min, dia pun datang ngan satu orang Indonesia.. dia pun tunjuk satu handbag kat Lina, "Is this your handbag", Lina pun senyap dia pun mengaku... Manager tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang.....semua okay...takda yang hilang..

Manager tuh pun cakap yang handbag dia jumpa kat dal! am toilet wanita, so Dia suruh mintak maaf kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia.......

APA YG PATUT AKU LAKUKAN?????

Aku pun senyap, aku pun keluar...Semua member aku tanya aku apa yang jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci jumpa..so dah settle dah, aku nak balik....

MEMBER : "Ha'ah apsal ko bodoh sangat, ko sound lah dia..Ko cakap ko nak saman malu dia... tak guna nyer pompuan"

ABG AKU : "Ha'ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak lawa...dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka hati...."

Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia, lantak apa nak jadik jadik.. aku pun benggang dia buat aku camtuh, sedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat org perempuan...


AKU : "Oi... aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi.. ko ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk tuh,busuk jugak... sekrang ko tuduh aku mencuri, aku tak buat.. aku malu...mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court"

Manager : "Dah lah tuh, dia silap.. dah lah takyah kecoh kecoh"

AKU : "Ko pun sama, dengan ko,ko dengan Lot 10 aku nak saman, aku ada saksi member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku..ko ingat apa..aku nie bodoh.. aku dah suruh member aku call police, aku nak buat report kat semua.. camna?? puas hati korang"

LINA : "APa ko ingat ko bagus?? nak report aku..... aku tak takut ler... ko ingat aku boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??"

AKU : "baik ko call, nanti ko kena tahan.. padan muka... ko (manager) plak.. apa tunggu sini, gi ler call boss ko, aku nak saman nie"

Manager : "Dah lah tuh, Lina call your father, tell him that you have a problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??"

Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah..hehehhe, a! ku suka... tapi sambil tuh cuak jugak..takut aku yg kena tangkap ugut dia... hehehe. Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku.....dia letak telefon.

LINA : "Nah amik nie, aku mintak maaf......."

Dia bagi aku RM300, Dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia.............

Dia tension...

"Setakat RM300, ko ingat aku apa....... budak kecik boleh ler ko buat camni..apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit.. aku nak tengok ko kena tahan jer..buat tuduhan palsu.."

Dia pun benggang call bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1000, aku tak nak tapi member semua sound aku, apa masalahnya amik.. banyak tuh... sapa nak bagi seribu free free..aku pun senyap.......

Aku amik cek tuh aku pun koyak.... aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli... aku dah buat keputusan aku nak dia kena tahan....

Last, dia bagi aku sekeping cek RM10000, aku pun tergamam....... ban! yak tuh bagi umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak amik, member aku semua suruh amik, manager tuh pun suruh aku amik...

Aku pun nak jugak amik... so aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh.. aku pun nak
bla......tiba tiba aku dengar dia sound aku..

LINA : "Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap ler.. tak malu"

Aku campak cek tuh, aku terus gi kat dia..... aku tak kira aku tak pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat..aku baru nak angkat tangan.. ada orang tahan aku.........

"Oi..bangun oi... dah sahur dah nie..."
"tidur je, tu la sape suh tido lambat........."


Laughing
Back to top Go down
rahmanw
Moderator
Moderator
rahmanw


Posts : 76
Join date : 2008-09-14
Location : melaka,malaysia

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeFri Nov 07, 2008 8:59 am

apa daaaaaa.......
penat aku baca.....
tak lawak mana....best lagi lawak mi tu....
hehehe
Back to top Go down
DNA
Moderator
Moderator
DNA


Posts : 127
Join date : 2008-09-19
Location : dilanda todak! (kek mano tu bai? ekau pikir la sendiri yo!)

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeSat Nov 08, 2008 1:43 am

rahmanw wrote:
apa daaaaaa.......
penat aku baca.....
tak lawak mana....best lagi lawak mi tu....
hehehe


Laughing
Back to top Go down
DNA
Moderator
Moderator
DNA


Posts : 127
Join date : 2008-09-19
Location : dilanda todak! (kek mano tu bai? ekau pikir la sendiri yo!)

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeWed Nov 12, 2008 1:51 pm

Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung.

Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.

Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


KESIMPULAN :: GILE GHUPENYE DAK NEH!
Back to top Go down
DNA
Moderator
Moderator
DNA


Posts : 127
Join date : 2008-09-19
Location : dilanda todak! (kek mano tu bai? ekau pikir la sendiri yo!)

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeWed Nov 12, 2008 1:54 pm

CARA-CARA NAK KONTROL MALU

a. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi...terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan orang.

b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali...teruskan menganggap dia kenalah korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.

c. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka...jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah 'biar rosak zip, jangan rosak akhlak'.

d. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang...teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.

e. Tersilap masuk tandas wanita...buat- buat wajah glabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik.
Back to top Go down
DNA
Moderator
Moderator
DNA


Posts : 127
Join date : 2008-09-19
Location : dilanda todak! (kek mano tu bai? ekau pikir la sendiri yo!)

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeWed Nov 12, 2008 1:56 pm

Sejarah ni tau...hehehe


Sekembalinya dari mengutip ufti dari negara-negara bawah jajahannya, Datuk Laksamana Setti beserta 100 hulubalang singgah di sebuah pulau berhampiran Majapahit. Pulau besar yang tiada berpenghuni itu sejak zaman-berzaman terbiar tanpa pembangunan. Seluruh pulau itu dijelajahinya, tiada apa pun yang ditemui selain hutan belantara, semak samun dan binatang-binatang hutan...


Sesampainya dia ke Majapahit dipersembahkanlah hal ini kepada Raden samy vallo


Setti : "Tuanku, patik rasa ada elok juga kalau itu pulau kita kasi jajah sama dia"


Setti : "Sapa ada sana?"


Raden samy vallo: "Tara sapa"


Setti : "Apa nama itu pulau?"


Raden samy vallo: "Tara tau"


Setti : "Sana ada orang?"


Raden samy vallo: "Tara"


Setti : "Rumah?"


Raden samy vallo: "Tara"


Setti : "Sign-Board? "


Raden samy vallo: "Tara"


Setti : "Apa pun tara?


Raden samy vallo: "Hutan ada la, Lain suma tara"


Setti : "Okey kalu itu macam kita ambil ini pulau, pasal suma pun tara dekat situ kita kasi dia nama 'SUMATARA'.


Begitulah ceriternye asal usul nama pulau sumatara yang sekarang dipanggil PULAU SUMATERA...
Back to top Go down
rahmanw
Moderator
Moderator
rahmanw


Posts : 76
Join date : 2008-09-14
Location : melaka,malaysia

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeThu Nov 13, 2008 7:38 am

tapi paling lawak....
itik ko tu nazri....hehehe
Back to top Go down
DNA
Moderator
Moderator
DNA


Posts : 127
Join date : 2008-09-19
Location : dilanda todak! (kek mano tu bai? ekau pikir la sendiri yo!)

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeSun Nov 16, 2008 11:00 am

rahmanw wrote:
tapi paling lawak....
itik ko tu nazri....hehehe


kongsi cerita kelakar bersama ----> 10-9

itik aku ke bro? kongsi cerita kelakar bersama ----> Rot
Back to top Go down
amman
Moderator
Moderator
amman


Posts : 98
Join date : 2008-09-10
Age : 40

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeTue Nov 18, 2008 5:00 am

cam penah nampak je itik tu. (T-T)
Back to top Go down
DNA
Moderator
Moderator
DNA


Posts : 127
Join date : 2008-09-19
Location : dilanda todak! (kek mano tu bai? ekau pikir la sendiri yo!)

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeTue Nov 25, 2008 2:20 am

Very Happy
Back to top Go down
innadz_imani
Newbies Member
Newbies Member
innadz_imani


Posts : 17
Join date : 2008-09-10

kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitimeFri Dec 26, 2008 4:32 am

cakit peyut
Back to top Go down
Sponsored content





kongsi cerita kelakar bersama ----> Empty
PostSubject: Re: kongsi cerita kelakar bersama ---->   kongsi cerita kelakar bersama ----> Icon_minitime

Back to top Go down
 
kongsi cerita kelakar bersama ---->
Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next
 Similar topics
-
» jom kita kongsi gambar-gambar kelakar korang
» jom sambung cerita
» Cerita sedih...alamak tersalah topik lak

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Gempak :: ~::Sembang Umum::~ :: ~Internet~ :: ~Cerita Lawak~-
Jump to: